Monday, January 3, 2011

SAPER YANG SUKA N TAK SUKA

'Harimau Malaya' sudah sebati
Oleh Shaarani Ismail dan Sazarina Shahrim
bhsukan@bharian.com.my
2011/01/04

Ahmad Shabery tegaskan ia jadi ikon pasukan kebangsaan pada jersi atlit

PENGGUNAAN lambang Harimau Malaya dan gelaran haiwan itu yang diberikan kepada pasukan bola sepak negara tidak ada sangkut paut dengan semangat Tanah Melayu (Malaya) tetapi ia diambil bersempena semangat Harimau Malaya atau Malayan Tiger atau nama saintifiknya (panthera tigris malayensis) yang digunakan sejak sekian lama termasuk pada jata negara dan logo pelbagai agensi dan institusi.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata lambang spesis Harimau Malaya sudah digunakan pasukan bola sepak negara dan tidak seharusnya ia menjadi isu kerana ia merujuk kepada spesis Harimau Malaya yang sifatnya penuh dengan semangat keberanian.
“Saya cuba tekankan bahawa lambang yang menjadi ikon kepada pasukan kebangsaan pada jersi dan pakaian rasmi ahli sukan terdapat belang harimau dari spesis Harimau Malaya.

“Jadi kalau kita rujuk dalam ensiklopedia mahupun wikipedia, nama yang digunakan adalah nama saintifik, begitu juga dengan Harimau Bengal atau Harimau Sumatera, mahupun kucing Parsi atau kucing Siam, tidak semestinya hanya orang Parsi atau orang Siam saja yang boleh memeliharanya.

“Kebetulan Harimau Malaya itu hanya ditemui di Semenanjung dan tidak terdapat di Borneo dan asas digunakan adalah sifat berani, corak belang serta habitatnya sebagai asas penilaian,” katanya selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada wakil Pengakap Malaysia ke Persidangan Pengakap Antarabangsa di Brazil, di pejabatnya, semalam.

Ahmad Shabery mengulas laporan berhubung kenyataan beberapa Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Sabah meminta gelaran Harimau Malaya untuk pasukan bola sepak negara diubah kepada Harimau Malaysia bagi mencerminkan konsep 1Malaysia.
Menurutnya, lambang dan nama Harimau Malaya jelas semata-mata simbol dan perlu dikekalkan, namun pihaknya tidak menolak mana-mana cadangan yang mahu namanya ditukar bagi memastikan ia berperanan melambangkan kesepaduan masyarakat Malaysia.

“Bagaimanapun, jika mahu nama yang menjadi simbol ikon bola sepak itu ditukar maka kita terpaksalah melupakan spesis berkenaan dan jika mahu ia dikaitkan dengan nama pasukan bola sepak, kita lupakan belang yang ada dan kita lupakan ciri-ciri makhluk yang digelar Harimau Malaya.

“Kita boleh panggil pasukan bola sepak kita pasukan Harimau Malaysia tetapi tidak boleh dikaitkan dengan spesis Harimau Malaya kerana Harimau Malaysia memang tidak wujud,” katanya.

Komen Anda









Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Nama saintifik binatang bukanlah menjadi bantahan tehadap nama seekor binatang kerana ia adalah bersifat khusus kepada binatang tersebut.
Tetapi dalam nama sebuah pasukan atau persatuan ia boleh diubah mengikut kesesuaian dan kehendak peminat bukan mengikut saintifik nama binatang.
Kita harus melihat kepada keadaan sekeliling dan kehendak peminat dan penyokong di seluruh negara. Semua pihak harus peka terhadap keadaan semasa dan kehendak peminat bola sepak tanahair. Lihat saja Pemimpin negara yang sentiasa membawa falsafahnya yang berubah mengikut siapa memerintah pada masa kini. Dulu kita memegang kata-kata Tun M 'Wawasan 2020' dan kini rakyat didahulukan pencapaian diutamakan'. Jesteru itu, peminat tidak mempersoalkan nama binatang tetapi nama pasukan bola sepak kena ikut perubahan mengikut konsep 1Malaysia.

Tahniah kepada Menteri Belia dan Sukan kerana memberi jawapan yang padu dan tegas kepada pertubuhan NGO di Sabah.Mereka sepatutnya membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tuntutan dalam soal ini.Usah di layan lagi hal-hal seremeh-temeh seperti ini.Mereka sepatutnya berfikir untuk memberi sumbangan yang lebih berbanding hanya sering melakukan tuntutan semata-mata.Nampaknya mereka tidak faham dengan tuntutan mereka sendiri.Teruskan dengan "HARIMAU MALAYA", Sudah sangat molek dari segi bunyi dan semangatnya.
kimi
gud2..
truskan usaha ini..
semoga pembangunan sukan di negara ini bertambah baik..
faizal
hairan, sblm ni, selama 20 thn bola sepak dipersimpangan, xder siapa pon yg mempertikaikan penggunaan 'harimau malaya'. tp bila skuad bola sepak dah menunjukkn taring, sibuk ng isu2 remeh temeh macam nih.
harimau malaya
kekalkan harimau malaya..nampak mengancam..harimau malaysia cam pelik je bunyi dia..xrasa gerun
faizal
hairan, sblm ni, selama 20 thn bola sepak dipersimpangan, xder siapa pon yg mempertikaikan penggunaan 'harimau malaya'. tp bila skuad bola sepak dah menunjukkn taring, sibuk ng isu2 remeh temeh macam nih.
siti hajar
tidak perlu ditukar ke Harimau Malaysia..kekalkan HARIMAU MALAYA...
Pitasi
Isu kecil, remeh-temeh.. Cukup-cukuplah, jangan perbesarkan lagi isu macam ni, memalukan saja..
jebat derhaka
apa la NGO ni, itu pn nk jadi isu ke? dh mmg namanya harimau malaya nk tukar nape pula? NGO not suppose 2 b politician weiiiii....!!!!
Silahhuddin
hendak 1000 daya,tak hendak 1000 dalih,bila org kata Harimau Malaysia,itu merujuk kepada harimau yg ada di Tanah Melayu krn Tanah Melayu adalah sebahagian dari Malaysia...tapi bila org kata Harimau Malaya ianya tak merujuk kepada Sabah & Sarawak wlu ianya juga sebahagian dari Malaysia...
amod
ek eleee...kecik punya hal laa...tu pon nak dijadikan isu ker??ape kebende la korang nie..
Roslan
isunya bukan parihal binatang Harimau Malaya, tapi ia lebih kepada presipsi masyarakat (rakyat) Malaysia keseluruhannya.
awangotai
tak ada salahnya kalau pun ditukar kpd harimau Malaysia..harimau malaya wujudnya di Malaysia
WAN
xpayah nak susah2 gara2 hal nie..... pa2 pun bleh...jnji melambangkan kita rakyat mlaysia...
semangat yg pnting...bukan simbol atau ikon...
mohd zahki zainal
Nama spesis harimau malaya pun bukan nya wujud pun.Tidak tau siapa yang pandai2 beri nama malaya,sebab harimau di Borneo ni pun sama spesis dengan di semenanjung tapi tidak pula di gelar HARIMAU BORNEO...
gonzales
perangai macam orang indon..bising tak tentu hala.Benda remeh macam tu NGO tu nak bising. Masa kalah dulu takde orang nak bising pasal Harimau Malaya. Bila menang semua org nak sibuk. Jangan biarkan politik mencampuri sukan.. nanti huru hara pulak macam dulu.
akuman
setuju dengan YB supaya Harimau Malaya dikekalkan.
COMMENT SAYER
AKU PUN AMAT X BERKENAN NGAN ORG SINI...NAK PERSOAL...MASALAHNYA DIRI SENDIRI YG RASA TERSISIH...
APE KEHALNYA.....  AKU GI KENDURI PUN LEH SINDIR2....EH..ORANG 'MALAYA' MAKAN KENDURI TOK...
SEE...SAPER YANG MEMBEZAKAN ...ADER KER ORG SEMENANJUNG DIPANGGILNYA ORANG MALAYA.....
ADER KER ORG SARAWAK DATANG SEMENANJUNG N KITA CAKAP...EH..ORANG SARAWAK DATANG.....
X DER KAN....
2 TAHUN PUN DAPT BEZA LA ORANG SINI AND SANA....
SO SENDIRI MAKAN CILI SENDIRI TUMBUK LA....
X PERCAYA JOM KITA TENGOK SINI FB ORANG BORNEO....

No comments:

Post a Comment