Friday, October 8, 2010

boleh or tidak???

my bos punyer mak meninggal...
so diorg ajak aku pergi church ...
BOLEH KER AKU PERGI....
aku plak  tanya diorg...

so  cari jap and jumpa this
Sekadar mengukuhkan jawapan Mod2 lain.
Dalil keharusan pergi ke pengebumian orang bukan Islam ialah sebuah hadith yang direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, " Apabila kamu melihat jenazah hendaklah kamu berdiri, dan jangan kamu duduk sehingga jenazah itu membelakangi (meninggalkan) kamu atau sehingga jenazah itu diletakkan. Dalam lafaz yang lain menurut riwayat muslim: Jika kamu mengikuti jenazah itu maka janganlah kamu duduk sehingga jenazah itu diletakkan."

Begitu juga dengan hadith ini, "Daripada Jabir: Telah lalu di hadapan kami jenazah, lalu Nabi s.a.w berdiri, kamipun berdiri juga, lantas kami beritahu kepada Baginda bahawa jenazah itu adalah jenazah orang yahudi. Baginda berkata: Apabila kamu melihat jenazah maka hendaklah kamu berdiri." (Bukhari)

Dua dalil ini menjadi hujah bahawa harus mengiringi atau pergi ke pengebumian orang bukan Islam.

WaAllahualam..

No comments:

Post a Comment